Monday 12 August 2013

Real War Begin


my heartbeat . my everything :')

first raya at hometown . pink -,-

MeLoveHer . Siblings :*
                        
mereka ni nakal and ganas gila okayy

kekonon jejalan beraya =P hometown

heyy yaww comel , cantik , hensem :D harini dah khamis . sedar tak sedar nak atau tak nak esok dah kena balik schl . Beruntunglah mereka yang masih cuti sampai ahad tu . Erghh jeles dibuatnya . Homework macam mana ? Kalau korang tanya aku , memang jawapannya banyak lagi tak siap . Aku tahu ada lagi manusia yang tak sentuh homework dia sebab pergi beraya n bercuti sakan . Kan kan kan ? =P Now 4:20a.m . Aku tak tido pun sebab buat fizik tadi then maen twitter n fb =3 Tak sedar diri lagi aku ni nak SPM . Btw thanks Zamil sebab teman aku and thanks jugak dekat isteri dia sebab memahami *okayy tayah faham ayat ni* Bhahaha ! Sengal punya Zamil =P Cerita raya macam mana ? Gempak eyh ? Aku jujur cakap raya taun ni paling tak best sebab sepupu sepapat dekat Shah Alam tak balik . Selalunya mereka yang selalu buat rumah opah macam nak roboh . Hahaha ! Tapi sebab mereka tak raya Perak so rasa sunyi lah . Tapi raya tetap disambut dengan keluarga terchenta :'D

Nak cerita dekat sini masa aku pegi berjalan raya dengan keluarga , ada sorang mak cik ni melambung-lambung dia puji aku . Itu laa kali pertama aku jumpa manusia yang kuat memuji macam tu . Tapi nampak sangat ikhlas muka mak cik tu . Baik . Wajahnya polos *tayah nak ayat novel sangat* Bhahaha ! Aku pun tak faham kenapa . Kalau ye pun aku "sangat comel" tayah laa nak pepuji banyak kali . Aku bukannya pekak =3 Tapi dia puji aku tu sesambil duk bersembang dgn mak aku . So aku pun diam je laa sebab aku tak kenal pun mak cik tu sebenarnya =="

mak cik : comelnya awak
aku : *senyum*
mak cik : cantiklah *tengok aku mcm nak tembus*
aku : *senyum*
mak cik : bagusnya pakai stoking , tutup aurat *pegang2 kaki aku*
aku : tak geli eyh pegang stoking aku *dalam hati*
mak cik : dah laa anak ustaz , sekolah agama . baiklah awak  ni
aku : *senyum*
mak cik : comel lah awak ni . cantik . putih *pegang dagu aku pulak*
aku : *senyum*

Kau pernah jumpa manusia macam ni ? Aku pikir sebab dia tak ada anak perempuan rasanya . Sebab masa dia datang beraya tu dengan dua orang anak lelaki dia je . Lebih kurang sebaya aku rasenye umur budak laki tu . Masa ni dekat rumah ayah sedara aku . Aku pun baru tahu mak cik tu sepupu ayah aku ==" Then dia ajak pegi beraya dekat rumah dia pulak . Kaya . Boleh tahan tahap kebesaran rumah mak cik tu . Hahaha ! Masa tu dah kurang dengar dia bercakap sebab sibuk sediakan makanan untuk kita orang . Hmm itu je laa cerita raya yang aku nak storry :D

masa sesibuk search bahan untuk hw aku pun ternampak laa benda ni . Terkejut juga aku jadual SPM dah keluar o_O"

Nampak tu SPM dah dekat sangatlah maknanya =3

spm victim . nampak cermin tu kotor . muka bajet =3

Ini kenangan naik pentas untuk kali kedua di bumi SMKA

Aku nak naik pentas buat kali ketiga . Nak Nak Nak :'D

PMR is a history . Now let start a war for SPM

Mungkin lepas ni aku akan lama tak update blog sebab sibuk dengan percubaan SPM then terus gegila nak struggle untuk SPM pulak , aku yakin yang aku tade masa dah dekat blog ni *ecewwaahhh* beria ! Korang doakan aku eyh ? Seriously nak result gempak untuk trial ni walaupun aku tahu yg aku tak study banyak cuti ni . Just buat hw sikit =3 Tapi dekat sekolah aku rajin kowt . Hahaha ! Macam tipu je ni . Sebab aku kuat jugak tido dekat sekolah >_<" pffttt ! All batch 96 do the best okayy . Kalo bole cipta rekod terbaik untuk PMR kenapa bukan untuk SPM pulakkan ? :'D Aku tahu korang semua bijak pandai .

Eyh duk sokseksokseksosek ni lupaa pulakk aku tak lama lagi tarikh befday dua insan yang dah banyak habiskan masa untuk aku sepanjang tahun ni :') Sayang korang sangat xD Aku malas nak menjiwang lebih lebih ke apa dekat sini sebab aku dah tuleh bebanyak dalam kad yg aku kasi kat deme tu . Bhahaha ! So just simple words , Happy Birthday To Both Of You , May Allah Bless ^^

pic masa nak pergi beli hadiah untuk abg :*

Redstar 17 August

Qeyla 18 August



p/s : there are two writers on our shoulders . which one are we keeping busy ?





Tuesday 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

heyy yaww ! Semangat gila aku pepagi bangun terus nak on lappy update blog nih . Bukan senang okayy nak tengok aku rajin . Sesiapa yang berkenan dengan kerajinan aku bolehh laa kumpul duit siap2 masuk minang . Kalau kau rasa membazir tayah laa . Sebab mungkin kau boleh beli kereta sebijik dengan duet tu . Hahaha ! Dua tiga hari nih kerja aku memang duk mengemas je . Aku pun dah penat . Tapi tak siap2 pun niat aku nak mengemas satu rumah dari hujung ke hujung bucu ke bucu . Padahal bukan rumah banglo ke apa . Rumah setinggan yang macam dah nak runtuh aderlaa . Hahaha ! mana tak nya kalau bilik aku pun dah lima jam baru siap aku mengemas . Belum kira lagi aku nak mengemas dapur and ruang tamu . Bilik2 yang lain memang lepas spm lah kowt baru aku nak kemas . Haiyyakk susah tul pindah randah ni . Barang dah laa banyak =3 Tapi yang paling kelakar masa aku dah habis kemas dapur laa . Aku bukak peti ais setiap kali aku lalu  area dapur tu . Padahal tak nak amik apa pun . Niat nak membangga dengan mak nanti sebab aku rajin gila . Hahaha ! Seyes puas gila aku tengok peti ais tu . Dah macam kosong berkilat aku buat . Suka suki aku je buang benda makanan yang aku rasa takkan sape dah pun nak makan . Bhahaha ! Malas laa aku nak tunjuk kat korang gambar peti ais tu . Bayangkanlah sendiri peti ais yang korang baru beli kat kedai tu . Macam tuhh laa bersih aku kerjakan . Seyes ni tak tipu =P

keadaan semasa mengemas

keadaan selepas mengemas

itulah keadaan selepas dilap lap , dimop mop , digosok gosok . dilipat lipat . Hahaha ! Korang calit2 laa jejari korang kat memana pun insyaallah takkan terlekat habuk :D okayy memang pink habis laa citanya bilik aku kan . Kalau kau tak suka tengok pink bole la tutup blog aku nih . Kang sakit mata tak tentu pasal lak . Bahagia gila rasa bila dah habis mengemas . Kepuasaan tu aku je yang rasa sebab aku sendiri yang berhempas pulas nak kemas setiap sudut xD Uya pun tolong lah jugak aku . Itupun selepas aku dah membebel sana sini paksa dia tolong aku . Nasib dia lah dapat kakak yang cerewet macam aku nih kan . Bhahaha ! Si ikha tuh pulak aku tak mintak suh dia tolong pun beria jugak nak mengemas sekali sampai kan mangkuk jamban pun dia cuci . Adess . Main air =3 Teringat pulak tadi masa aku suruh ikha puasa penuh . Kiranya habis sampai azan laa .

aku : ikha puasa tak ?
ikha : puasa laaa
aku : serious ?
ikha : serious laa . kan tadi bgn sahur dgn ayah
aku : tak penat ke ?
ikha : tape nak berbuka poce dah
aku : erk *padahal lg 6 jam* =3 kalau ikha puasa penuh kakak kasi 2 ringgit
ikha : 2 ringgit je ? cikitnya . nak 20 ringgit
aku : haaa ! banyak nye . mana ada duet
ikha : eyh . tambah lagi laa . nak 30 ringgit
aku : aloooo
ikha : 10 tambah 20 tambah 30 . hehehe *siap gaya2 tgn lagi*
aku : gedik punya budak . blah
ikha : wekkK

Bhahaha ! akhirnya ikha puasa penuh jugak . Aku rasa setiap minit aku tanya dia dah minum ke belum . Bukan boleh percaya sangat kan . Senyap2 ke dapur sesorang . Kang dia telan air tapi dia cakap dia puasa . Melayang lah duet aku . Hahaha ! Okayy la tu sebab dia baru 6 tahun . Memang susah nak suruh dia puasa . Memacam alasan dia kasi . Ni aku dengan uya masa mengemas .

aku : uya ! cepat laa lipat baju kau nih
uya : huyyo semangat gila kau mengemas
aku : bese . kan rajin
uya : ellehh
aku : dah , lipat tuh baju kau semua
uya : asal semua baju aku , ahhh banyak gila
aku : sedar pun baju bnyk . aku mana ada
uya : haihh tension tul . Nah amik bju aku ni . Tak muat dah
aku : Hahaha ! Gemuk ! Suh diet tak nak
uya : Taderlaa gemuk mana pun
aku : Gemuk gila =P
uya : ellehh ! kau pendek
aku : Kuang aja ! Pendek comel =P Hahaha
uya : zzZzzzZ !

me and ulya . thanks sis . lebbbiuuu :*

 Memandangkan raya dah dekat sangat2 , aku nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri :) Yang dah besar tu tayah sibuk tadah tangan mintak duet raya . Sebab kau buat lah muka comel macam mana pun mesti ta dilayan . Kalau aku mungkin bole lagi nak sibuk kumpul duet raya . Hahaha ! Mesti dah shopping kan ? Aku keluar g UO arituh ternampak neam a.k.a ketua kelas aku . Aku nampak je bebayang spec putih ala ala dgn bju kemeja tu terus blah jejauh daripada tempat kasut perempuan tuh sampai tempat baby punya pakaian . Padahal tak nampak muka lagi . Tapi aku yakin tuh neam . Mata aku kan sihat . Bhahaha . Then lepas bape minit aku belek belek baju baby kat situ aku pun pergi laa tempat kasut tu balik . Sure neam dah tade . Terus pilih kasut dgn hati yg tenang xD Tetiba ada orang tegur aku . Qeyla rupanya . Soalan pertama "Heyy una ! kau nampak neam?" Cettt ! Betullah kiranya tadi tu neam . Sokseksoksek kte org bersembang memasing pilih kasut dgn family . Geramnya aku sbb dia tak kasi tau nak g UO hari sabtu . Aku ada barang penting nak kasi dia . Okayy rase nak cekik qeyla nih =P

finally i got it :D



Low quality picture ==" Selamat Hari Raya Aidilfitri

p/s : Cantik macam mana pun kita semua make sure pakaian longgar , handsock tak lupa , stoking pun sama , tudung labuhkan . Baru rare . May Allah Bless  :') 





Sunday 4 August 2013

End Of Ramadhan


specky ? hahaha .. saje gedik tu , hakikatnye aku mmg tak sesuai kalau pakai spec , serabai =3 alhamdulillah mata aku sihat lagi .. macam mana aku tahu ? sebab masa kem aku duk belakang sekali kat bilik kluster , bersyukur gila sbb aq nampak sbijik2 tulisan dekat slide tuh xD okayy aku tahu aku dah lama tak update blog nih , first sebab mmg aku malas .. second lappy set up .. third aku memang busy dengan study .. haha ! tayah nak menipu sangat lah kan aku study je .. tido aderlaa .. hmm dan selama aku tak on tuh banyak lah cerita yang berlaku .. nak cerita yang mana pun aku tak tahu .. now aku dah dapat lappy balik . fuhhh ! rindu gila dekat lappy nih ^^

boleh laa aku selalu update blog lepas ni =P


my friends . my life



tengok aku sorang je yang pegang belon merah tu , abaikan yang lelain , hahaha ! macam dah ta sabar nak keluar penjara je kan ? xD gambar masa malam kebudayaan islam aspuri , aku malas nak pening duk pikir pakai baju apa .. last2 t-shirt teentop je aku pakai .. ramai lah jgak f5 yg pakat pakai t-shirt je .. memacam gambar lagi tapi semua mcm tak senonoh dan mendedahkan aurat .. bhahaha ! aku suka gambar nih , jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu kenapa . Malas nak cerita lah pasal MKI sbb aku rasa membosankan dan menyakitkan hati . KP mohon fikir sebelum bertindak . Kalau tak jadilah macam malam tu , kena memaki kan . Tak gempak okayy . Korang just bwt warga aspuri bengang tahap gila . Okayy malas aku nak cita panjang2 sbb aku ta terlibat pun . Berdosa je nnt korang baca aku mengumpat dekat sini -,-


demam paling teruk seumur hidup aku

Asyik dengar cerita bahagia je kan ? Meh sini aku nak share cerita yang mnyayatkn hati pulak =P Malam rabu *tarikh tak ingat , planner aku dekat bwh meja schl* aku rase tak bole nak tido lena , mmg rasa panas and aku dah mula selsema tak henti , nak tak nak paksa lah jugak mata nih untuk lelap . Esok mamai pulak aku nak g kelas lg . Bila dah pagi rabu tuh aku gagahkan lah jugak diri ke sekolah . Padahal mmg dah sejuk tahap atlantik badan aku nih . Dekat sini nak tunjuk betapa kuatnya semangat aku . Hahaha ! Sebelum pegi schl mun tanya "qeyla , una tu demam ke" qeyla ckp "tak tahu , demam rasenye" aku masa tuh da duk berselubung satu badan dengan selimut . Mana budak dorm aku tak pelik kan . Qeyla tanya aku "una , kau okayy ? nak pegi schl tak ni ?" aku pun dengan lemah "okayy , aku nak g schl" qeyla ckp "haa cepat siap , lg 5min ni" then aku pun siap2 lah sebab rase bole tahan lg demam tu . Bila dah jejak kaki kat schl aku duk cari memana tgn manusia . Aku perlukan haba . Deme yg pegang tgn aku smua dah cakap sejuk sngt nih . Aku senyum je la . Hari rabu means ada perhimpunan koko . Sabar . Bila dah masuk kelas ustaz zaki pun msuk nak mngajar . Aku mmg tak fokus dah masa tu . Sumpah sejuk . Apa lagi , aku pun pegang la tgn ezzaty member sebelah meja aku dalam kelas . Dia pun melayan je aku yang kekurangan haba nih . Bila ustaz zaki dah keluar kelas , ezzaty dgn qeyla terus melentokkan kepala dekat meja *nampak sngt deme ngantuk* aku tak ngantuk tapi sejuk dan dah mula pening . Aku terus g belakang cari eman . Eman ckp aku demam . Pucat . Jom jmpa ustaz balik asrama . Masa tu dah mula mennitik air mata aku . Arghh manja -,- Sampai je dekat bilik ustaz sidek terus dia suh aku g hospital . Aku dah merengek dekat eman tak nak g . Dia pun paham betapa aku anti dengan ubat ubat nih . Makin tension aku dibuatnya bila ustaz sidek cakap macam tu . Sebab aku nih pelajar yang taat maka aku pun pergi je laa klinik . Nak cerita dekat sini perbualan aku dengan doktor tu *takde keje eyh aku nak ingat nama doktor tu* Yang pasti dia lelaki bukan pondan 

doc : sakit apa ?
aku : demam and selsema
doc : bila ? 
aku : baru semalam
doc : okayy bukak mulut
aku : *nganga lah ape lagi*
doc : usyhh dah menanah tekak ni
aku : *pandang doktor tu tak berkelip*
doc : *sumbat termometer dalam mulut aku*
aku : *pandang sekeliling sambil makan bnda tu* haha puasa okayy
doc : haihh panas sngt nih , termometer tak pernah menipu
aku : *dah mula rase doktor nih kelakar*
doc : kedepan sikit nak cek prnafasan
aku : *bukan setakat badan kedepan , dgn kerusi2 aku tarik kedepan*
doc : okayy cukup2 *dye gelakkan aku*
aku : *buat selamba sbb malu , mana tahu dia nak suh aku kedepan macam mana* LOL
doc : okayy saya bg awak mc sampai jumaat *3 hari lah mksdnya*
aku : haaa !?
doc : form berapa ?
aku : form 5
doc : ouh , busy nak spm la nih
aku : ha'ah , bole tak mc sehari je ? *tetiba baek gila aku ni*
doc : eyh knape , awak kena balik umah
aku : okayy
doc : amik aliran apa ?
aku : sains tulen agama
doc : balaja arab tinggi ?
aku : ha'ah tinggi la jugak
doc : ouh gayat tu
aku : @#%^*^%&

keluar je daripada bilik doktor tu bebudak yg lain semua jeles sebab aku dapat mc . Yang paling tak tahan ada jugak tuh yang cakap "untunglahh comel , bole doktor kasi mc lama2" . Merepek . Sebab cuti tuh laa aku banyak ketinggalan okayy . Rasa nak menangis siapkan hw sedangkan org len dah bole relaks2 study untuk pra trial . Mereka cuma cakap "tape una sabar , buat je sampai siap , kte org pun nak mnangis siapkan hw tu" haiyyakkk ! Balik umah lima hari sejujurnya aku tak study pun . Menggemukkan badan ada la . Sebab utama mmg aku tak larat gila . Aku tak pernah rasa pening mcm tuh okayy . So kira itu laa demam paling teruk yang pernah aku dapat . Kau bayangkan aku makin hampir empat pinggan sebelum tengah hari tapi perut aku tak rasa kenyang langsung *tak puasa sebab demam yang meyeksakan* xD Dah la aku rasa macam telan batu dengan air masak je masa tu . Padahal makan tomyam . Tension membunuh aku sebab tak rasa nikmat kenyang tuh . Sabar . Apa pun goodluck eyh untuk percubaan spm :* 

kami awesome . hari terakhir sekolah sebelum cuti raya

malam semalam pulak sempena nak akhir2 ramadhan nih kan , ayah sedara aku buat makan makan dengan sedara2 terdekat . semalam hari sabtu lah gathering ramai2 dgn cousin . kte org makan mcm dah tade makanan esok . Tapi tak lupa perintah Allah even bnyk makan pun . Bersyukur . Insyaallah . Menu , daging kambing kari , sup ayam , ikan siakap kukus , ayam panggang , ketam masak lemak . big apple . air dutch lady . air cincau . teh tarik , karipap dan pelbagai lagi *aku tade masa nak g bwt muka duck face tangkap gambar dgn smua mknn tuh okayy* Kebanyakannya ayah sedara aku yang masak . Mmg tak boleh tido lah katenye sebab kekenyangan . Bukan selalu kan orang nak ajak makan =P Then anak dara semua lepak bilik *cousin lelaki aku tiga org je pun* hahaha ! cousin aku yg tngh bebaring ramai2 atas katil smbil main iphone dia tetiba ckp "weyh cepat tangkap gambar , smart lah" masa tu tngh baring , dah syok macam gila kamera tetiba "okayy cun masuk insta" *maklumlah smua dah maju pakat nak insta je kan* tapi spoil sbb cousin aku yg sorang uh ta pakai tudung lak , bila nak tangkap lg skali aku mula la malas , aku pun ckp "nak balut dgn selimut je bole tak ? malas la" semua pandang aku pelik dah . Deme cakap "una jgn nak merepek , g pakai tudung" hahaha ! fine aku pakai lah . Dah bergambar tuk kali kedua semua ckp "tak smart lah gambar ni mcm yg first td" bhurrr . Tuh laa tak pakai tudung kan siapa suruh . So dibawah hasil kami yg buruk -,- Tapi cousin laki aku merangkap kepada abg si pemilik iphone tu tetiba masuk blik and dia ckp smart je . Ngee



kami sepupu takkan terpisah


p/s : sejujurnya aku mengharapkan keampunan Allah sempena Ramadhan kali ni :') guys , we still in baraqah of Ramadhan . Belum masa nak main mercun dan terpekik nyanyi lagu raya okayy . Assalamualaikum