Sunday 4 August 2013

End Of Ramadhan


specky ? hahaha .. saje gedik tu , hakikatnye aku mmg tak sesuai kalau pakai spec , serabai =3 alhamdulillah mata aku sihat lagi .. macam mana aku tahu ? sebab masa kem aku duk belakang sekali kat bilik kluster , bersyukur gila sbb aq nampak sbijik2 tulisan dekat slide tuh xD okayy aku tahu aku dah lama tak update blog nih , first sebab mmg aku malas .. second lappy set up .. third aku memang busy dengan study .. haha ! tayah nak menipu sangat lah kan aku study je .. tido aderlaa .. hmm dan selama aku tak on tuh banyak lah cerita yang berlaku .. nak cerita yang mana pun aku tak tahu .. now aku dah dapat lappy balik . fuhhh ! rindu gila dekat lappy nih ^^

boleh laa aku selalu update blog lepas ni =P


my friends . my life



tengok aku sorang je yang pegang belon merah tu , abaikan yang lelain , hahaha ! macam dah ta sabar nak keluar penjara je kan ? xD gambar masa malam kebudayaan islam aspuri , aku malas nak pening duk pikir pakai baju apa .. last2 t-shirt teentop je aku pakai .. ramai lah jgak f5 yg pakat pakai t-shirt je .. memacam gambar lagi tapi semua mcm tak senonoh dan mendedahkan aurat .. bhahaha ! aku suka gambar nih , jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu kenapa . Malas nak cerita lah pasal MKI sbb aku rasa membosankan dan menyakitkan hati . KP mohon fikir sebelum bertindak . Kalau tak jadilah macam malam tu , kena memaki kan . Tak gempak okayy . Korang just bwt warga aspuri bengang tahap gila . Okayy malas aku nak cita panjang2 sbb aku ta terlibat pun . Berdosa je nnt korang baca aku mengumpat dekat sini -,-


demam paling teruk seumur hidup aku

Asyik dengar cerita bahagia je kan ? Meh sini aku nak share cerita yang mnyayatkn hati pulak =P Malam rabu *tarikh tak ingat , planner aku dekat bwh meja schl* aku rase tak bole nak tido lena , mmg rasa panas and aku dah mula selsema tak henti , nak tak nak paksa lah jugak mata nih untuk lelap . Esok mamai pulak aku nak g kelas lg . Bila dah pagi rabu tuh aku gagahkan lah jugak diri ke sekolah . Padahal mmg dah sejuk tahap atlantik badan aku nih . Dekat sini nak tunjuk betapa kuatnya semangat aku . Hahaha ! Sebelum pegi schl mun tanya "qeyla , una tu demam ke" qeyla ckp "tak tahu , demam rasenye" aku masa tuh da duk berselubung satu badan dengan selimut . Mana budak dorm aku tak pelik kan . Qeyla tanya aku "una , kau okayy ? nak pegi schl tak ni ?" aku pun dengan lemah "okayy , aku nak g schl" qeyla ckp "haa cepat siap , lg 5min ni" then aku pun siap2 lah sebab rase bole tahan lg demam tu . Bila dah jejak kaki kat schl aku duk cari memana tgn manusia . Aku perlukan haba . Deme yg pegang tgn aku smua dah cakap sejuk sngt nih . Aku senyum je la . Hari rabu means ada perhimpunan koko . Sabar . Bila dah masuk kelas ustaz zaki pun msuk nak mngajar . Aku mmg tak fokus dah masa tu . Sumpah sejuk . Apa lagi , aku pun pegang la tgn ezzaty member sebelah meja aku dalam kelas . Dia pun melayan je aku yang kekurangan haba nih . Bila ustaz zaki dah keluar kelas , ezzaty dgn qeyla terus melentokkan kepala dekat meja *nampak sngt deme ngantuk* aku tak ngantuk tapi sejuk dan dah mula pening . Aku terus g belakang cari eman . Eman ckp aku demam . Pucat . Jom jmpa ustaz balik asrama . Masa tu dah mula mennitik air mata aku . Arghh manja -,- Sampai je dekat bilik ustaz sidek terus dia suh aku g hospital . Aku dah merengek dekat eman tak nak g . Dia pun paham betapa aku anti dengan ubat ubat nih . Makin tension aku dibuatnya bila ustaz sidek cakap macam tu . Sebab aku nih pelajar yang taat maka aku pun pergi je laa klinik . Nak cerita dekat sini perbualan aku dengan doktor tu *takde keje eyh aku nak ingat nama doktor tu* Yang pasti dia lelaki bukan pondan 

doc : sakit apa ?
aku : demam and selsema
doc : bila ? 
aku : baru semalam
doc : okayy bukak mulut
aku : *nganga lah ape lagi*
doc : usyhh dah menanah tekak ni
aku : *pandang doktor tu tak berkelip*
doc : *sumbat termometer dalam mulut aku*
aku : *pandang sekeliling sambil makan bnda tu* haha puasa okayy
doc : haihh panas sngt nih , termometer tak pernah menipu
aku : *dah mula rase doktor nih kelakar*
doc : kedepan sikit nak cek prnafasan
aku : *bukan setakat badan kedepan , dgn kerusi2 aku tarik kedepan*
doc : okayy cukup2 *dye gelakkan aku*
aku : *buat selamba sbb malu , mana tahu dia nak suh aku kedepan macam mana* LOL
doc : okayy saya bg awak mc sampai jumaat *3 hari lah mksdnya*
aku : haaa !?
doc : form berapa ?
aku : form 5
doc : ouh , busy nak spm la nih
aku : ha'ah , bole tak mc sehari je ? *tetiba baek gila aku ni*
doc : eyh knape , awak kena balik umah
aku : okayy
doc : amik aliran apa ?
aku : sains tulen agama
doc : balaja arab tinggi ?
aku : ha'ah tinggi la jugak
doc : ouh gayat tu
aku : @#%^*^%&

keluar je daripada bilik doktor tu bebudak yg lain semua jeles sebab aku dapat mc . Yang paling tak tahan ada jugak tuh yang cakap "untunglahh comel , bole doktor kasi mc lama2" . Merepek . Sebab cuti tuh laa aku banyak ketinggalan okayy . Rasa nak menangis siapkan hw sedangkan org len dah bole relaks2 study untuk pra trial . Mereka cuma cakap "tape una sabar , buat je sampai siap , kte org pun nak mnangis siapkan hw tu" haiyyakkk ! Balik umah lima hari sejujurnya aku tak study pun . Menggemukkan badan ada la . Sebab utama mmg aku tak larat gila . Aku tak pernah rasa pening mcm tuh okayy . So kira itu laa demam paling teruk yang pernah aku dapat . Kau bayangkan aku makin hampir empat pinggan sebelum tengah hari tapi perut aku tak rasa kenyang langsung *tak puasa sebab demam yang meyeksakan* xD Dah la aku rasa macam telan batu dengan air masak je masa tu . Padahal makan tomyam . Tension membunuh aku sebab tak rasa nikmat kenyang tuh . Sabar . Apa pun goodluck eyh untuk percubaan spm :* 

kami awesome . hari terakhir sekolah sebelum cuti raya

malam semalam pulak sempena nak akhir2 ramadhan nih kan , ayah sedara aku buat makan makan dengan sedara2 terdekat . semalam hari sabtu lah gathering ramai2 dgn cousin . kte org makan mcm dah tade makanan esok . Tapi tak lupa perintah Allah even bnyk makan pun . Bersyukur . Insyaallah . Menu , daging kambing kari , sup ayam , ikan siakap kukus , ayam panggang , ketam masak lemak . big apple . air dutch lady . air cincau . teh tarik , karipap dan pelbagai lagi *aku tade masa nak g bwt muka duck face tangkap gambar dgn smua mknn tuh okayy* Kebanyakannya ayah sedara aku yang masak . Mmg tak boleh tido lah katenye sebab kekenyangan . Bukan selalu kan orang nak ajak makan =P Then anak dara semua lepak bilik *cousin lelaki aku tiga org je pun* hahaha ! cousin aku yg tngh bebaring ramai2 atas katil smbil main iphone dia tetiba ckp "weyh cepat tangkap gambar , smart lah" masa tu tngh baring , dah syok macam gila kamera tetiba "okayy cun masuk insta" *maklumlah smua dah maju pakat nak insta je kan* tapi spoil sbb cousin aku yg sorang uh ta pakai tudung lak , bila nak tangkap lg skali aku mula la malas , aku pun ckp "nak balut dgn selimut je bole tak ? malas la" semua pandang aku pelik dah . Deme cakap "una jgn nak merepek , g pakai tudung" hahaha ! fine aku pakai lah . Dah bergambar tuk kali kedua semua ckp "tak smart lah gambar ni mcm yg first td" bhurrr . Tuh laa tak pakai tudung kan siapa suruh . So dibawah hasil kami yg buruk -,- Tapi cousin laki aku merangkap kepada abg si pemilik iphone tu tetiba masuk blik and dia ckp smart je . Ngee



kami sepupu takkan terpisah


p/s : sejujurnya aku mengharapkan keampunan Allah sempena Ramadhan kali ni :') guys , we still in baraqah of Ramadhan . Belum masa nak main mercun dan terpekik nyanyi lagu raya okayy . Assalamualaikum







1 comment:

  1. Wah! Awak amek B.Arab? Saya un sains tulen tapi takde B.Arab. hee. gudluck yep SPM! :)

    ReplyDelete